Ini pertama kali aku mengenali erti cinta. Dia insan pertama yang aku cintai, kali pertama aku terjumpa dengan Mr.A ketika aku menuntut di IPTA . Dia merupakan senior
aku, walaupun usia kami sama tapi pemikiran dia lebih matang dari aku..
Bila aku tengok dia jantung ni berdegup kencang seperti baru lepas buat larian 100m.
Aku warning doe kat hati ni agar tidak jatuh
cinta dengan laki itu. Tiap kali aku terserempak die, aku pasti menggelabah tak
tentu pasal pastu cuba mengelat pulak tuu dari dia, alahaii mamat tuu bukan perasan aku pon tapi tuu la aku
tetap nak mengelat juga darinya. Mataku tak lengkang dari terus pandang wajahnya. xberkelip beb, rasa sejuk mata memandang, tenang hati bila tengok die. Mungkinkah
dia jodohku? Humm, hanya Allah s.w.t saja yang tahu...
Mamat tuu masuk kelas aku dengan pakai baju melayu berwarna
merah darah ikan... Omg seksi sangat, bila dia pakai melayu. Hehe, wanita
mana yang tak cair bila melihat lelaki berbaju melayukan?? Untuk pertama kalinya aku mendapat segaris senyuman darinya. (Ouchh) terkesima aku dibuatnya dan jantung ni memulakan kerja dengan jayanya hinggakan aku dapat dengar degupan jantung sendiri.(haiiihhh parok) Pada malamnya aku mulakan
aktivitiku...ape lagi stalk laa!! Haha, yup itu laa tugasku pada setiap malam stalk
manusia yang belum tidur difb. Dan akhirnyaa... i found him. Yiihaa tunggu go lagi add laa woii. Perkenalan aku dan dia bermula dengan baik, malah makin erat selepas
aku meminjam report design untuk final. Part yang aku xleh lupe, report yang aku pinjam tuu kene rampas dengan pensyarah. Thanks to lect sebab rampas report tuu, kalau tak aku tak akan dapat nombor fon si dia. Hehe. Semakin lama aku mengenalinya semakin
aku sayang untuk lepaskan dirinya, tapi aku bingung adakah dia mempunyai
perasaan yang sama dengan aku? jeng je jeng...
Ade laa aku berikan klu sikit kat dia mase aku semester lima manakala dia pula disemester akhir, samada dia perasan atau tidak aku tak pasti. Kadang2 aku
rasa dia seperti mempunyai rasa yang sama pada aku, but the other time aku rasa
dia sukakan orang lain. Keliru ku keliru..(jeng palo otok nii). Bila hati tengah berbunga-bunga mula aku la post ayat-ayat jiwang
difb, hingga kawan2 mula tegur. Bagi
aku dengan cara itu saja aku boleh
ekspresikan cinta aku padanya(ceewahh ewah ewah). Aku keliru, dan kekeliruan aku itu yang
menyebabkan aku overact dengan perhubungan kami. Aku mula mengongkong tanpa
aku sedari. Dan sikap mengongkong aku itu membuatkan dia rimas, sejak itu
juga la hubungan kami mulai renggang.
Kali terakhir kami berhubung selepas dia wish birthday
aku, itu pun lewat sehari. Katanya buzy.. So sad..
Aku
mula terasa hati dengan dia, lalu aku meninggalkan dirinya tanpa kerelaan hati. Bukan dia yang menjarakkan diri tapi aku, aku bersikap macam tuu sebab aku takut dia makin rimas dengan aku. Walaupun aku dengan dia sudah tidak seakrab dulu, dan kami sudah tidak saling
berhubung aku masih menharapkan cinta darinya, setiap hari aku stalk fb-fb dia(well orang hot kena la ade 2 akaun) .. Aku sentiasa berdoa agar allah
mempertemukan kami berdua. Jika diizinkan. Insyaallah.
Bukan
mudah untuk menjaga hati ini untuk merinduimu. Kerana sukar untuk menghilangkan
segala pesanan dan kata bicaramu dari mindaku. Ia terlalu berharga untukku
praktikan dalam kehidupan yang mendatang... sungguh aku merinduimu dalam diam,
hanya allah saja yang mengatahui apa yang tersirat dalam hatiku tatkala aku
merinduimu sayang. ~ilyHr~