Ahad, 30 November 2014

Terlalu sakit mencintaimu



Bila kita mula terasa hati, kita sendiri akan mula rasa ingin menjauhkan diri darinya. Bukan kerana benci dan tak sayang tapi kerana hati tidak sanggup lagi untuk menampung kelukaan.
Sama seperti aku, perkenalan kami cukup lama untuk membuatkan aku terasa  hati dengan dia, mahu dimarah tiada hak. Apa yang mampu aku lakukan hanya berdiam diri dan pendam perasaan sorang-sorang dan berdoa agar allah kuatkan hati ini. Aku bukan apa, sekiranya aku luahkan rasa ketidak puasan hati itu, takut lain pula yang akan jadi. Kalau boleh setiap hari aku mahu dia merasa senang berkawan denganku, bila aku berterus terang yang aku tak suka dia lakukan perkara yang boleh buat aku terluka dia akan sekolahkan aku balik dan akhirnya aku juga yang perlu mengalah. Kadangkala aku nak juga rasa dapat text dari dia dulu, kalau aku dulu yang tak text memang sampai berjanggut pun tak da la. Tingginya ego kau!!.

Dia merupakan cinta pertama aku, dia satu-satunya lelaki yang boleh buat aku jatuh cinta dan tak senang duduk,walaupun aku tak pernah menyatakan cintaku padanya aku dapat rasakan yang dia tahu tentang perasaanku. Aku terlalu mencintainya sehinggakan aku tidak pernah memberi ruang kepada lelaki lain yang cuba utuk mendekati ku. Bukan saja aku tidak memberi ruang malah aku juga pernah menolak cinta dari seorang lelaki yang tersangat lah baik budi pekertinya. Aku cuba bersabar dengan keegoannya, tapi aku tak kuat untuk melawan dan akhirnya air mata yang akan lantang berbicara. Kadang kala aku cuba menerima hakikat yang dia bukan jodoh ku, namun hatiku terlalu kuat menafikan nya. Dia seperti bermain tarik tali dengan aku, kadang2 memberi kadang2 menarik. Apa yang ada dihatinya hanya allah yang tahu.Apa yang perlu aku lakukan adalah berdoa agar allah  lembutkan hatinya untuk menerimaku sebagai pendamping hidup dan dekatkan jodoh antara kami. ~ilyHr~



Ahad, 23 November 2014

Tiadaku menduga cinta akan hadir...


Ini pertama kali aku mengenali erti cinta. Dia insan pertama yang aku cintai, kali pertama aku terjumpa dengan Mr.A ketika aku menuntut di IPTA . Dia merupakan senior aku, walaupun usia kami sama tapi pemikiran dia lebih matang dari aku..
Bila aku tengok dia jantung ni berdegup kencang seperti baru lepas buat larian 100m. Aku warning doe kat hati ni agar tidak  jatuh cinta dengan laki itu. Tiap kali aku terserempak die, aku pasti menggelabah tak tentu pasal pastu cuba mengelat pulak tuu dari dia, alahaii mamat tuu bukan perasan aku pon tapi tuu la aku tetap nak mengelat juga darinya. Mataku tak lengkang dari terus pandang wajahnya. xberkelip beb, rasa sejuk mata memandang, tenang hati bila tengok die. Mungkinkah dia jodohku? Humm, hanya Allah s.w.t saja yang tahu...

Mamat tuu masuk kelas aku dengan pakai baju melayu berwarna merah darah ikan... Omg seksi sangat, bila dia pakai melayu. Hehe, wanita mana yang tak cair bila melihat lelaki berbaju melayukan?? Untuk pertama kalinya aku mendapat segaris senyuman darinya. (Ouchh) terkesima aku dibuatnya dan jantung ni memulakan kerja dengan jayanya hinggakan aku dapat dengar degupan jantung sendiri.(haiiihhh parok) Pada malamnya aku mulakan aktivitiku...ape lagi stalk laa!! Haha, yup itu laa tugasku pada setiap malam stalk manusia yang belum tidur difb. Dan akhirnyaa... i found him. Yiihaa tunggu go lagi add laa woii. Perkenalan aku dan dia bermula dengan baik, malah makin erat selepas aku meminjam report design untuk final. Part yang aku xleh lupe, report yang aku pinjam tuu kene rampas dengan pensyarah. Thanks to lect sebab rampas report tuu, kalau tak aku tak akan dapat nombor fon si dia. Hehe. Semakin lama aku mengenalinya semakin aku sayang untuk lepaskan dirinya, tapi aku bingung adakah dia mempunyai perasaan yang sama dengan aku? jeng je jeng...

Ade laa aku berikan klu sikit kat dia mase aku semester lima manakala dia pula disemester akhir, samada dia perasan atau tidak aku tak pasti. Kadang2 aku rasa dia seperti mempunyai rasa yang sama pada aku, but the other time aku rasa dia sukakan orang lain. Keliru ku keliru..(jeng palo otok nii). Bila hati tengah berbunga-bunga mula aku la post ayat-ayat jiwang difb, hingga kawan2 mula tegur. Bagi  aku dengan cara itu saja aku boleh  ekspresikan cinta aku padanya(ceewahh ewah ewah). Aku keliru, dan kekeliruan aku itu yang menyebabkan aku overact dengan perhubungan kami. Aku mula mengongkong tanpa aku sedari. Dan sikap mengongkong aku itu membuatkan dia rimas, sejak itu juga la hubungan kami mulai renggang.

Kali terakhir kami berhubung selepas dia wish birthday aku, itu pun lewat sehari. Katanya buzy.. So sad.. 
Aku mula terasa hati dengan dia, lalu aku meninggalkan dirinya tanpa kerelaan hati. Bukan dia yang menjarakkan diri tapi aku, aku bersikap macam tuu sebab aku takut dia makin rimas dengan aku. Walaupun aku dengan dia sudah tidak seakrab dulu, dan kami sudah tidak saling berhubung aku masih menharapkan cinta darinya, setiap hari aku stalk fb-fb dia(well orang hot kena la ade 2 akaun) .. Aku sentiasa  berdoa agar allah mempertemukan kami berdua. Jika diizinkan. Insyaallah.


Bukan mudah untuk menjaga hati ini untuk merinduimu. Kerana sukar untuk menghilangkan segala pesanan dan kata bicaramu dari mindaku. Ia terlalu berharga untukku praktikan dalam kehidupan yang mendatang... sungguh aku merinduimu dalam diam, hanya allah saja yang mengatahui apa yang tersirat dalam hatiku tatkala aku merinduimu sayang. ~ilyHr~

Khamis, 20 November 2014

Dear awak

Awak...

Boleh tak awak jujur dengan saya, tolong jangan sembunyikan lagi perasan awak. Tolong nyatakan isi hati awak yang sebenarnya, jangan buat saya keliru lagi. Kalau saya yang ada dalam hati awak tolong katakan "ya" kalau bukan saya dihati awak, saya akan undur diri. Tolong sayang! Jangan siksa hati, Jiwa dan fikiran saya lagi. Tolong katakan yang sebenarnya.

Selasa, 18 November 2014

SHARING IS CARING

Untuk pertama kalinya aku open tentang hati dan si pencuri hati dengan mama. Bila gambar dan sedikit sebanyak latar belakang si dia aku dedahkan aku rasa sangat bebas, tenang dan puas. Tak tersangka mama yang selama ini aku anggap tak sporting dalam bab cintan cintun ni boleh menerima dengan baik. Wooo suatu kelegaan yang berganda aku rasa buat masa ni. Mama langsung tak kesah dengan siapa dan bagai mana rupa pon pilihan aku, asalkan aku tak pilih penagih dan laki orang sudah. Haha. Mintak jauh...

Hati aku gembira tapi aku masih tak pasti dengan pilihan ni, dia buat aku keliru. Dia nak aku atau tak itu yang buat aku bingung. Dia tak pernah luahkan isi hati dia, tapi ada masa aku rasa im the only one but the other time aku rasa orang tuu bukan aku. Biar apa pun yang jadi nanti aku akan pastikan yang hati aku tetap bahagia, walaupun bukan dengan dia. Aku harap Allah s.w.t akan permudahkan jalan kebahagianku dan dekatkan hati aku dengan hati si dia insan yang aku cintai. Insyaallah. Amin

Jumaat, 14 November 2014

Terus terang

Jujur adalah lebih baik dari sembunyikan sesuatu yang boleh sesakkan dada kita, lebih baik terus terang dari terus menyiksa diri walaupun ia akan melukakan hati dan perasaan seseorang. Sesuatu akan menjadi lebih jelas jika kita jujur.

Menyatakan sesuatu kebenaran terkadang adalah pahit bagi sesetengah orang, kita takut hati orang lain akan terluka itu betul. Tapi sampai bila akan jelasnya sebuah kekeliruan jika kita asyik sembunyikan kebenarannya. Sesuatu persoalan tak akan pernah terjawab jika kita terus berdiam diri demi menjaga hati orang lain.

Kita perlu berterus terang, terutama sekali soal perasan. Perasan orang ni kita tak boleh buat main beb. Jangan buat orang menaruh harapan pada kita andai kita tahu yang kita tak mampu dan tak boleh, sebab itu terus terang sangatlah diperlukan disini. Jangan sesekali permainkan hati orang, kalau suka cakap suka kalau tak cakap tak. "What you give, you'll get back."

Khamis, 13 November 2014

Tidak dihargai

Kadang-kadang seseorang berhenti peduli bukan kerana dia tidak lagi peduli, tapi dia menyedari bahawa perhatian darinya tidak pernah dihargai..

Sabtu, 25 Oktober 2014

aku bangkit dari luka

Aku bangkit untuk mencorakan keindahan dalam hidup dengan mempertahankan bahagia yang mendatang dengan meninggalkan derita yang menyakitkan.

Ahad, 14 September 2014

kuatkan hati ini

terluka itu sakit namun lama kelamaan rasa sakit itu akan hilang dengan sendirinya. Dan bila rasa sakit itu hilang kita akan mula berani untuk pertaruhkan kembali hati untuk menyayangi dan disayangi. Ya Allah kuatkan lah hati ini untuk terus mencintai dia. Dan semoga engkau lembutkan hatinya agar dia tidak terus menyakiti hatiku ini. amin