Bila
kita mula terasa hati, kita sendiri akan mula rasa ingin menjauhkan diri
darinya. Bukan kerana benci dan tak sayang tapi kerana hati tidak sanggup lagi
untuk menampung kelukaan.
Sama
seperti aku, perkenalan kami cukup lama untuk membuatkan aku terasa hati dengan dia, mahu dimarah tiada hak. Apa
yang mampu aku lakukan hanya berdiam diri dan pendam perasaan sorang-sorang dan
berdoa agar allah kuatkan hati ini. Aku bukan apa, sekiranya aku luahkan rasa
ketidak puasan hati itu, takut lain pula yang akan jadi. Kalau boleh setiap
hari aku mahu dia merasa senang berkawan denganku, bila aku berterus terang
yang aku tak suka dia lakukan perkara yang boleh buat aku terluka dia akan
sekolahkan aku balik dan akhirnya aku juga yang perlu mengalah. Kadangkala aku
nak juga rasa dapat text dari dia dulu, kalau aku dulu yang tak text memang
sampai berjanggut pun tak da la. Tingginya ego kau!!.
Dia
merupakan cinta pertama aku, dia satu-satunya lelaki yang boleh buat aku jatuh
cinta dan tak senang duduk,walaupun aku tak pernah menyatakan cintaku padanya
aku dapat rasakan yang dia tahu tentang perasaanku. Aku terlalu mencintainya
sehinggakan aku tidak pernah memberi ruang kepada lelaki lain yang cuba utuk
mendekati ku. Bukan saja aku tidak memberi ruang malah aku juga pernah menolak
cinta dari seorang lelaki yang tersangat lah baik budi pekertinya. Aku cuba
bersabar dengan keegoannya, tapi aku tak kuat untuk melawan dan akhirnya air
mata yang akan lantang berbicara. Kadang kala aku cuba menerima hakikat yang
dia bukan jodoh ku, namun hatiku terlalu kuat menafikan nya. Dia seperti
bermain tarik tali dengan aku, kadang2 memberi kadang2 menarik. Apa yang ada
dihatinya hanya allah yang tahu. Apa yang perlu aku lakukan adalah berdoa agar allah lembutkan hatinya untuk menerimaku sebagai pendamping hidup dan dekatkan jodoh antara kami. ~ilyHr~
.jpeg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan