Rabu, 28 Januari 2015

LY?

Kenapa tiap kali aku bermsg dengan si dia seluruh badan aku mesti menggigil? Padahal topik kami biasa2 saja, yang peliknya rasa macam ada letrik mengalir seluruh badan. (Parok)

Aku ingat lagi kali pertama aku cakap 'LY' pada dia, masa tu kalau toreh aku dengan pisau rasanya tak keluar darah. Hehe. Apa maksud 'LY'? Ly maksudnya love you. Alahh budak kecik pon faham tak kan yang dah boleh jadi bapak orang tak faham.
Ada kemungkinan jugak dia tak faham. Sebab dia boleh tanya aku balik ape maksud LY. Well laki nii kadang2 otak diorang lembab kalau bab cintan cintun ni. Kena bagi hint banyak2 tak pon kena straight to the point. Malu ehh, nak cakap terus. Kang tak pasal2 kene cop gedikss.. Omaigadd mintak jauh.

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku berterus terang dengan dia. Aku nak dia fokus dengan pengajian dia, aku nak tengok dia berjaya. Kalau dia berjaya dia bahagia dan kalau dia bahagia aku pon turut bahagia.

**Mr.A adalah lelaki pertama yang dapat LY dari aku okay... Dia lelaki pertama yang wujud dalam hati aku.. Hihi

Rabu, 7 Januari 2015

Pernahkah kamu

Saya tak pernah abaikan awak, selalu ada untuk awak bila awak perlukan saya. Tak pernah saya miss tentang kesihatan awak dan yang paling penting saya dulu yang selalu text awak untuk bertanya khabar (nampak sangat aku yang terhegeh-hegeh).
TAPI AWAK??
Pernah ke awak tahu dimana saya berada? Pernah ke awak tahu bila saya sakit? Pernah awak tahu bila saya perlukan sokongan dari seseorang. Pernah ke awak ada disaat saya gembira dan pujuk saya bila saya sedih. Yang pernah awak buat adalah tambahkan rasa sedih dihati saya saja. Awak tak tahu dan tak pernah ambil tahu tentang saya. Awak hanya hidup dalam dunia awak, dunia awak dengan perempuan di media sosial.(haa..sentap, hakikat bro)
Bila difikirkan, awak memang tak layak langsung dapat perhatian dan cinta dari saya. Tapi apa yang boleh saya lakukan kerana cinta yang tumbuh dihati ini tidak bisa saya lenyapkan. Kenapa susah sangat? Kerana awak cinta pertama saya.

Jumaat, 2 Januari 2015

Tiada ku mampu

Tangis ku tiada penghujung. Aku cinta tapi tiada terluah dengan kata-kata. Aku rindu tapi tiada cara untuk aku lepaskan. Aku sayang tapi tiada tingkah untuk aku tunjukkan.
Engkau tak pernah mengerti hati ini. Hanya doa yang mampu aku kirimkan buat mu. Hanya harapan yang mampu aku tanam dihati.
Andai saja pada awalnya aku tahu bertapa sesak dan sakit hati ini tat kala aku merindui mu pasti aku memilih untuk tidak mencintai kamu..

Aku cemburu

Bila aku teringatkan si dia terus otak ini jadi terlebih aktif dan fikir yang bukan-bukan, lepas tu mula laa hati aku ni jadi tak tenteram.

Cemburu ke aku?

Yup!!

Aku cemburu bila terfikirkan dia rapat dengan perempuan lain. :,(
Aku cemburu bila dia layan perempuan lain lebih dari biasa.
Aku cemburu bila ada perempuan lain yang ambil berat tentang dia.
Aku cemburu bila perempuan lain menggedik-gedik dengan dia..

AKU CEMBURU!!