Ahad, 23 November 2014

Tiadaku menduga cinta akan hadir...


Ini pertama kali aku mengenali erti cinta. Dia insan pertama yang aku cintai, kali pertama aku terjumpa dengan Mr.A ketika aku menuntut di IPTA . Dia merupakan senior aku, walaupun usia kami sama tapi pemikiran dia lebih matang dari aku..
Bila aku tengok dia jantung ni berdegup kencang seperti baru lepas buat larian 100m. Aku warning doe kat hati ni agar tidak  jatuh cinta dengan laki itu. Tiap kali aku terserempak die, aku pasti menggelabah tak tentu pasal pastu cuba mengelat pulak tuu dari dia, alahaii mamat tuu bukan perasan aku pon tapi tuu la aku tetap nak mengelat juga darinya. Mataku tak lengkang dari terus pandang wajahnya. xberkelip beb, rasa sejuk mata memandang, tenang hati bila tengok die. Mungkinkah dia jodohku? Humm, hanya Allah s.w.t saja yang tahu...

Mamat tuu masuk kelas aku dengan pakai baju melayu berwarna merah darah ikan... Omg seksi sangat, bila dia pakai melayu. Hehe, wanita mana yang tak cair bila melihat lelaki berbaju melayukan?? Untuk pertama kalinya aku mendapat segaris senyuman darinya. (Ouchh) terkesima aku dibuatnya dan jantung ni memulakan kerja dengan jayanya hinggakan aku dapat dengar degupan jantung sendiri.(haiiihhh parok) Pada malamnya aku mulakan aktivitiku...ape lagi stalk laa!! Haha, yup itu laa tugasku pada setiap malam stalk manusia yang belum tidur difb. Dan akhirnyaa... i found him. Yiihaa tunggu go lagi add laa woii. Perkenalan aku dan dia bermula dengan baik, malah makin erat selepas aku meminjam report design untuk final. Part yang aku xleh lupe, report yang aku pinjam tuu kene rampas dengan pensyarah. Thanks to lect sebab rampas report tuu, kalau tak aku tak akan dapat nombor fon si dia. Hehe. Semakin lama aku mengenalinya semakin aku sayang untuk lepaskan dirinya, tapi aku bingung adakah dia mempunyai perasaan yang sama dengan aku? jeng je jeng...

Ade laa aku berikan klu sikit kat dia mase aku semester lima manakala dia pula disemester akhir, samada dia perasan atau tidak aku tak pasti. Kadang2 aku rasa dia seperti mempunyai rasa yang sama pada aku, but the other time aku rasa dia sukakan orang lain. Keliru ku keliru..(jeng palo otok nii). Bila hati tengah berbunga-bunga mula aku la post ayat-ayat jiwang difb, hingga kawan2 mula tegur. Bagi  aku dengan cara itu saja aku boleh  ekspresikan cinta aku padanya(ceewahh ewah ewah). Aku keliru, dan kekeliruan aku itu yang menyebabkan aku overact dengan perhubungan kami. Aku mula mengongkong tanpa aku sedari. Dan sikap mengongkong aku itu membuatkan dia rimas, sejak itu juga la hubungan kami mulai renggang.

Kali terakhir kami berhubung selepas dia wish birthday aku, itu pun lewat sehari. Katanya buzy.. So sad.. 
Aku mula terasa hati dengan dia, lalu aku meninggalkan dirinya tanpa kerelaan hati. Bukan dia yang menjarakkan diri tapi aku, aku bersikap macam tuu sebab aku takut dia makin rimas dengan aku. Walaupun aku dengan dia sudah tidak seakrab dulu, dan kami sudah tidak saling berhubung aku masih menharapkan cinta darinya, setiap hari aku stalk fb-fb dia(well orang hot kena la ade 2 akaun) .. Aku sentiasa  berdoa agar allah mempertemukan kami berdua. Jika diizinkan. Insyaallah.


Bukan mudah untuk menjaga hati ini untuk merinduimu. Kerana sukar untuk menghilangkan segala pesanan dan kata bicaramu dari mindaku. Ia terlalu berharga untukku praktikan dalam kehidupan yang mendatang... sungguh aku merinduimu dalam diam, hanya allah saja yang mengatahui apa yang tersirat dalam hatiku tatkala aku merinduimu sayang. ~ilyHr~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan