Rabu, 7 Januari 2015

Pernahkah kamu

Saya tak pernah abaikan awak, selalu ada untuk awak bila awak perlukan saya. Tak pernah saya miss tentang kesihatan awak dan yang paling penting saya dulu yang selalu text awak untuk bertanya khabar (nampak sangat aku yang terhegeh-hegeh).
TAPI AWAK??
Pernah ke awak tahu dimana saya berada? Pernah ke awak tahu bila saya sakit? Pernah awak tahu bila saya perlukan sokongan dari seseorang. Pernah ke awak ada disaat saya gembira dan pujuk saya bila saya sedih. Yang pernah awak buat adalah tambahkan rasa sedih dihati saya saja. Awak tak tahu dan tak pernah ambil tahu tentang saya. Awak hanya hidup dalam dunia awak, dunia awak dengan perempuan di media sosial.(haa..sentap, hakikat bro)
Bila difikirkan, awak memang tak layak langsung dapat perhatian dan cinta dari saya. Tapi apa yang boleh saya lakukan kerana cinta yang tumbuh dihati ini tidak bisa saya lenyapkan. Kenapa susah sangat? Kerana awak cinta pertama saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan